Lama sungguh menyepi. Sebenarnya ninie tak menyepi cuma sibuk mencari resepi dan belajar memasak dengan lebih pantas dan sedap tanpa bahan pengawet.
Ya nini masih lagi dengan bisnes lama menjual vitagen dan stokis Tamar Cocoa ( Alhaddad Marketing). Masih dalam proses menyesuaikan diri dengan jadual sekolah anak dan penghantaran.
Diam tak diam marissa pun dah masuk 5 tahun. Nini pun dah makin selesa membuat jadual untuk menghantar lunchbox, tamar cocoa dan vitagen.
Buat masa ni nini hanya buat penghantaran area damansara, sungai buluh dan shah alam. Doakan nini dapat kembangkan sayap keseluruh Selangor dan Kuala Lumpur.
Terima kasih pada semua pelanggan lama dan baru kerana mempercayai ninie sebagai agen home delivery vitagen, stokis tamar cocoa dan penghantar menu makanan anda..